Saturday, July 25, 2015

Tips-tips berjimat

Tips berjimat

Sebagai kuli yang bergaji rm1.8k. Dan dgn kos-kos yang makin meninggi ni, aku selalunya akan cari jalan cara-cara untuk berjimat dan sejimat-jimatnya. List ni pasti berguna untuk, tapi untuk orang lain boleh la try.

1. Beli mesin gunting rambut
Mesin gunting rambut yang murah adalah rm10-rm50. Kita gi gunting kedai mamak rm10. Kene 1 tahun dah rm120. Kat situ dah save.

2. Gunting rambut sendiri, BOTAK.
Bila dah botak, Tak yah beli minyak rambut, gel ke wax ke. Sebab harga wax yang aku pakai biasa dulu pun dah rm15. Setahun rm180. Jimat lagi duit... Hehehe....

3. Survey harga kat ebay/lelong/mudah sebelum beli apa-apa (di ulangi, APA-APA SAHAJA!!)
Aku biasa beli barang kat ebay, biasanya kat sana memang lagi murah, contoh aku beli tempered glass screen protector rm6 je. Kalau kat sini paling murah rm20-30. So, kalau nak beli apa-apa survey dulu online.

Bersambung...


Thursday, July 23, 2015

Blog paling sempoi tapi paling bermakna buat aku

Salam semua,

Tepat jam 9.52pm kat handphone aku ni, aku terfikir nak buat blog ni. Time ni aku tengah meniaga ice blended kat pasar malam.



Blog ni bakal memaparkan apa-apa yang terlintas dalam kotak pemikiran aku dalam menempuh liku-liku kehidupan yang nampaknya semakin hebat dan payah untuk ditempuhi, tapi hidup mesti diteruskan, life must go on.

Selain tu, aku akan share la segala pengetahuan aku. Walau pun, aku ni bukan la orang yang bijak pandai dan bukan la orang yang berjaya sangat. Tapi ada la pengetahuan yang mungkin orang tak tau yang boleh dikongsikan sikit, macam cara-cara nak meniaga, sikit pasal electric, repair-repair komputer, pasal anak-anak ke, apa-apa la yang terlintas nanti.

So, siapa yang minat nak baca silakan. Sape yang tak minat pun takde hal. Kita share apa yang termampu mengikut acuan masing-masing dan kesesuaian masing-masing.


So, sekian dan selamat....

Nas